Membawa gigi ke klinik
Persoalan
yang timbul pula, bagaimana gigi hendak dibawa ke klinik? Gigi boleh dibawa
dengan beberapa cara:
- Jika mampu diperolehi, gigi hendaklah direndam di dalam larutan khas yang dikenali sebagai Hank’s Balanced Salt Solution (HBSS). Rendaman gigi di dalam larutan ini akan membuatkan gigi mampu bertahan selama 4 jam sebelum dimasukkan ke dalam soketnya.
- Gigi juga boleh direndam di dalam air susu segar yang sejuk. Gigi akan bertahan selama 2 jam sebelum dimasukkan semula ke dalam soketnya.
- Cara yang paling mudah adalah membawa gigi di dalam bekas plastik/ plastik yang berisi air liur kanak-kanak tersebut atau meletakkan gigi tersebut di lantai mulut atau di pipi dalam mulut kanak tersebut.
Bawa
gigi tersebut secepat yang mungkin untuk mengurangkan komplikasi yang lain.
Apabila sampai ke klinik gigi maklumkan kepada doktor gigi tentang kejadian
yang menyebabkan gigi tersebut tercabut. Nyatakan apa yang telah dilakukan oleh
anda terhadap gigi yang tercabut atau berubah kedudukan beserta riwayat
perubatan dan pergigian yang pernah dilalui kanak-kanak.
Rawatan yang diberikan
oleh doktor gigi
Lazimnya
doktor gigi akan memeriksa keadaan di dalam mulut pesakit (kanak-kanak
tersebut) dan memberikan bius setempat di kawasan yang tercedera (jika perlu). Gigi
yang tercabut diperiksa dan dibersihkan. Mulut yang berlumuran darah juga akan
dibersihkan terutama soket yang kosong. Gigi dimasukkan ke dalam soket dan
dipasang dawai di hadapat gigi. Dawai tersebut perlu diletakkan agar gigi tetap
pada kedudukannya sementara sel-sel di sekeliling akar kembali kepada ikatan
aslnya di dalam soket. Ianya memerlukan masa lebih kurang 2 minggu.
Setelah
memastikan gigi telah siap memasuki soket asalnya, doktor gigi akan mengambil
radiograf (lebih dikenali ‘X-ray’) gigi tersebut. Radiograf akan merekod
keadaan gigi tersebut dari korona hingga ke hujung akar bagi tujuan simpanan
rekod dan perbandingan bagi sebarang perubahan yang bakal berlaku pada
temujanji yang berikutnya.
Bagi
gigi yang patah separuh sahaja, gigi yang masih ada di dalam mulut akan
diperiksa tahap kecederaannya. Sekiranya kecederaan hanya melibatkan lapisan
enamel dan dentin, rawatan tampalan sewarna gigi akan diberikan. Tetapi, jika
kecederaan melibatkan pulpa (terdapatnya saraf dan salur akar), maka rawatan
akar (pulpotomi, pulpektomi atau kanal akar) akan dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan