Seorang
ibu telah membuat panggilan kecemasan ke klinik pergigian. Aduan utama beliau
adalah gigi anak lelakinya telah patah ketika sedang bercuti di sebuah tempat
peranginan. Di dalam keadaan yang resah, saya menenangkan ibu agar dapat melakukan
apa yang bakal saya perkatakan. Kejadian seperti ini sering diabaikan oleh
ibubapa atau penjaga mahupun guru-guru di sekolah. Tiada cara lain yang perlu
dilakukan selain membawa kanak-kanak ini ke klinik yang berdekatan.
Tindakan ibu, bapa, penjaga
dan guru
Jika
kejadian ini berlaku, jangan panik. Tenangkan kanak-kanak yang sedang menangis.
Periksa di dalam mulut kanak-kanak. Pastikan gigi yang masih ada atau telah
tercabut atau berubah kedudukan. Gigi yang masih ada, pastikan tiada
perdarahan. Bagi gigi yang berubah kedudukan atau tercabut, kawal perdarahan
dengan kapas atau kain yang bersih. Jika anda mampu mengembalikan gigi kepada
kedudukan asal, pastikan jari anda bersih dan masukkan gigi tersebut ke dalam
soketnya kembali. Seterusnya, minta kanak-kanak gigit kain bersih agar gigi
tetap berada pada kedudukannya.
Manakala
gigi yang telah tercabut dan jatuh, pegang gigi pada kepalanya (korona) dan
lalukan akar gigi di bawah air yang mengalir selama 10 saat. Jangan membasuh
akar gigi dan jangan terlalu lama di bawah air yang mengalir kerana ia akan
menyebabkan sel-sel di sekeliling akar gigi akan mati dan membuatkan gigi
tersebut mati. Cuba masukkan gigi ke dalam soket gigi seperti yang dijelaskan
di atas. Tetapi jiak tidak dapat dilakukan segera ke klinik pergigian tidak
kurang dari 1 jam selepas gigi tersebut tercabut.
Bagaimana
pula bagi gigi yang patah separuh sahaja? Lakukan yang sama seperti di atas
kerana mungkin gigi tersebut masih mampu disambungkan semula. Sekiranya
serpihan gigi tersebut tidak dijumpai, bawa terus kanak-kanak ke klinik
pergigian bagi mengenalpasti tahap kecederaan gigi kanak-kanak tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan