Tangisan pertama kedengaran menandakan
seorang bayi lahir ke dunia. Apakah yang anda lihat di dalam mulut semasa bayi
menangis? Di mana gigi berada sebelum ia tumbuh? Bagaimana untuk menjaga gigi
sebelum dan selepas ia tumbuh? Pernahkah persoalan ini dilontarkan kepada semua
ibu-ibu? Senario kini melakarkan kejadian keries gigi yang masih tidak
berkurangan. Malahan kanak-kanak yang berumur satu tahun setengah tetap
mengalami kerosak gigi di seluruh mulutnya.
Semua ibu bapa mengimpikan senyuman
yang cantik hasil barisan gigi yang kemas putih dan berseri dari mulut anak
mereka. Bagaimana untuk mendapatkan gigi yang cantik itu? Apakah yang perlu
dilakukan? Justeru penjagaan gigi seharusnya bermula dari bayi. Kebanyakan ibu
bapa memandang remeh penjagaan gigi bayi mereka. Tidak hairanlah kehilangan
gigi berlaku lebih awal. Seawal usia 2 tahun, gigi susu terpaksa dicabut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan