Pembentukan dan
pertumbuhan gigi
Gigi kanak-kanak sebenarnya bermula
di peringkat janin. Oleh itu, ibu-ibu mengandung disarankan mengambil makanan
seimbang terutama kalsium. Ini mempengaruhi pembentukan gigi dan tulang janin. Fluorida
banyak membantu memperkukuhkan pembentukan gigi dengan menjadikan keluk pada
permukaan gigi tidak dalam. Keluk permukaan gigi yang dalam akan menyebabkan
pengumpulan bakteria dan sisa makanan yang bayak. Seterusnya ia akan
mencetuskan kejadian karies/gigi berlubang di permukaan yang sukar di kesan
melalui mata kasar.
Cuba anda rasa gusi seorang bayi. Jika
anda sedari, gusi bayi kelihatan berlekuk-lekuk. Ini menandakan korona gigi
telah siap terbentuk ketika bayi lahir. Semasa di peringkat janin, gigi mula
terbentuk tetapi belum keluar ke rongga mulut. Dalam umur kandungan 6 bulan,
lapisan pertama yang terbentuk adalah lapisan enamel. Kemudian diikuti dengan
lapisan dentin dan seterusnya dentin melingkungi kawasan pulpa yang mengandungi
saraf dan salur darah.
Dalam tempoh lapisan dentin
membentuk akar dan ruang pulpa, gigi susu mula keluar ke rongga mulut. Pada
ketika ini bayi akan mula rasa sakit dan akan mengigit benda lembut. Terdapat
juga simptom, bayi demam disebabkan perubahan keadaan baru di dalam mulut.
Gigi kekal memerlukan masa yang
sangat panjang untuk tumbuh. Gigi kekal juga memerlukan gigi susu dalam
mendapatkan arah dan hala tuju di mana perlu tumbuh ke rongga mulut. Gigi susu
mula tumbuh pada usia 6 bulan di bahagian rahang bawah. Ini bermakna
pembentukan gigi susu seharusnya berlaku semasa 9 bulan di dalam kandungan bagi
membantu pertumbuhannya.
Set gigi susu menjadi lengkap pada
umur 2 tahun setengah atau mungkin kurang dari itu. Namun, jangan ambil mudah
penjagaan gigi susu walaupun ia akan diganti dengan gigi kekal. Ini disebabkan
gigi kekal mula tumbuh pada usia 6 tahun bagi mengantikan gigi susu. Bermaksud,
gigi susu diperlukan selama lebih 5 tahun untuk digunakan sementara menunggu gigi
kekal tumbuh ke dalam rongga mulut.
Gigi kekal yang tumbuh tanpa panduan
gigi susu akan menyebabkan pertumbuhan gigi di dalam mulut tidak teratur. Ini
akan menyukarkan kanak-kanak untuk makan dan bertutur. Apatah lagi menyebabkan
rasa rendah diri. Rawatan gigi yang tidak teratur pula menjadi lebih rumit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan