Makanan
seimbang
Makanan seimbang adalah pengambilan
makanan yang mengandungi
kesemua jenis zat makanan iaitu karbohidrat, protein lemak vitamin,
garam galian dan air pada kadar dan
gabungan yang betul untuk memenuhi keperluan harian seseorang individu.
Berikut adalah kepentingan makanan seimbang kepada tubuh badan kita;
n Memastikan bekalan tenaga
mencukupi untuk badan
n Menentukan tumbesaran,
perkembangan fizikal dan mental yang sempurna
n Membekalkan zat yang diperlukan
untuk pemulihan dan pengantian tisu dalam badan
n Mempercepatkan proses
penyembuhan
n Memastikan badan mempunyai
daya tahan yang cukup untuk menentang penyakit
n Mengekalkan kesihatan badan
dan mengelakkan dari penyakit kekurangan zat makanan yang khusus
Peranan
karbohidrat dalam pergigian
Ramai yang kurang memahami perkaitan
makanan di dalam pergigian. Tetapi mungkin kita pernah mendengar perkaitan
makan gula-gula atau makanan yang manis menyebabkan kerosakan gigi. Makanan
manis bukan sahaja berunsurkan dari gula sahaja, malahan makanan karbohidrat seperti
nasi, roti dan bijirin menjadi punca kerosakan gigi.
Karbohidrat sahaja tidak menyebabkan
kerosakan gigi, tetapi bakteria yang menjadikan karbohidrat sebagai
subsratnya/makanan. Hasil yang dikeluarkan oleh bakteria iaitu asid dan toksin
memusnahkan struktur gigi dan gusi menjadi bengkak.
Karbohidrat jenis sukrosa adalah lebih
digemari bakteria berbanding fruktosa (buah-buahan) dan laktosa (susu). Sukrosa
seperti gula-gula lambat larut di dalam mulut berbanding minum minuman manis.
Ini membuatkan gula-gula lambat hilang dari rongga mulut untuk masuk ke
kerongkong. Larutannya akan melekit dan melekat lama di permukaan gigi
seterusnya menjadi substrat yang cukup baik untuk bakteria.
Jika gula-gula diambil di antara waktu
makan, contohnya, selepas sarapan tanpa memberus giginya, seorang pelajar masuk
ke kelas. Di dalam kelas pelajar tersebut mengantuk dan mengambil gula-gula
agar dapat menghilang rasa mengantuknya dan meneruskan sesi pembelajarannya.
Kemudian, apabila rehat, pelajar mengambil makanan berat seperti nasi lemak
serta minuman manis. Gula-gula diambil sekali lagi semasa di dalam kelas di
sesi yang seterusnya. Begitu juga di rumah. Proses yang berterusan sehingga ke
malam dan pelajar tersebut tidak memberus gigi sehingga dia tidur.
Di dalam mulutnya, sentiasa berkeadaan
asid dan mulut berbau. Persekitaran yang berasid ini, meningkatkan pembiakan
bakteria. Semakin banyak asid dan toksin dihasilkan sehingga menyebabkan
kerosakan gigi dan penyakit gusi. Lebih teruk lagi, pelajar tersebut tidak
menjaga kebersihan mulut dengan baik.
Namun, mencegah
pengambilan karbohidrat di dalam diet seseorang adalah tidak praktikal kerana karbohidrat merupakan sumber tenaga. Mengurangkan kekerapan dan mengubahsuaikan
pola pengambilannya adalah langkah yang bijak untuk mencegah kejadian
karies
Tiada ulasan:
Catat Ulasan