Pencegahan
Jagalah kebersihan kulit terutama semasa hari bekerja. Mandi setiap hari dan bersihkan muka secara optimum terutama ketika jerawat kelihatan di kulit muka. Jika terdapat kesakitan yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan kulit sedang berlaku atau luka yang tidak sembuh setelah beberapa hari, sila berjumpa dengan doktor.
Bagi pesakit Diabetes, kawal tahap gula dalam darah dengan baik. Caranya:
a. Kawalan pengambilan makanan iaitu makan makanan yang seimbang kerana pengambilan pemakanan yang berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
b. Lakukan senaman fizikal agar dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan berkesan. Seterunya mengurangkan berat badan.
c. Pastikan pengambilan ubat-ubatan yang telah disyorkan oleh doktor dipatuhi bagi membantu meningkatkan kesihatan diri yang optimum.
d. Digalakkan melakukan pengawasan glukosa dalam darah sendiri. Ini penting untuk melihat keberkesanan pesakit dalam cara mengawal diabetesnya.
Tidak dilupakan, lakukan penjagaan dan pemeriksaan pergigian dan mata. Elakkan minuman keras dan berhenti merokok. Diabetes boleh dicegah. Jaga kesihatan diri, kawal pemakanan, lakukan senaman dan dapatkan rawatan segera jika dikesan mengalami selulitis, diabetes dan masalah gusi.
Rujukan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan