Peranan tuan
rumah/penganjur rumah terbuka
Mengeratkan
silaturrahim merupakan tujuan utama pengajur rumah terbuka. Slogan 1 Malaysia
mempertimbangkan perpaduan antara kaum dan hormat-menghormati tanpa mengira
bangsa. Namun adunan kepelbagaian makanan yang dihidangkan juga harus mendukung
pendekatan 5M dari Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu
- Mengurangkan
gula
- Mengurangkan
garam
- Mengurang minyak
- Melebihkan
buah-buahan
- Melebihkan
sayur-sayuran
Contohnya,
garam hanya boleh diambil 4-6 gram sehari untuk mengelakkan pengumpulan
bendalir dalam badan dan membantu mengawal tekanan darah. Bahan-bahan seperti
herba boleh diganti sebagai penyedap rasa masakan. Tanpa menggunakan bahan
perisa, herba seperti kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang, mempunyai
khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan.
Jadikan
buah-buahan dan sayuran segar sebagai pemanis mulut. Buah-buahan pelbagai rasa,
warna dan bentuk pastinya dapat memikat tetamu. Sayuran yang berserat membantu
mengurangkan tahap kolesterol darah di samping tinggi zat mineral. Paling penting,
buah-buahan dan sayuran segar dapat membekalkan nutrien yang baik untuk tubuh
badan. Sebagai pengajur yang prihatin, hidangkan air kosong bagi yang
memerlukan.
Penganjur
harus memastikan penyimpanan makanan pada suhu yang sesuai bagi mengelakkan pembiakan
bakteria. Makanan yang telah dimasak tetapi tidak dihidang segera seperti
puding dan kek hendaklah disejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Jangan mencampurkan makanan yang telah dimasak dengan makanan mentah di dalam
peti sejuk kerana ini akan meningkatkan pembiakan bakteria secara pencemaran
silang.
Perhatikan
cara penyediaan makanan; tentukan makanan yang dimasak secara kukus, rebus dan
kurang lemak menjadi perhatian. Pengendalian makanan yang betul dapat membantu
tetamu mengelakkan risiko sakit perut, muntah dan cirit-birit. Pastikan juga
tangan dibasuh sebelum dan selepas pengendalian makanan. Peralatan dibersihkan
sebelum digunakan untuk memasak.
Rancanglah
menu yang sesuai tanpa mengenepikan aspek kesihatan terutama tetamu yang mengalami
masalah perubatan. Peka terhadap kepelbagaian peringkat umur dan tahap
kesihatan tetamu yang bakal hadir ke majlis rumah terbuka.
Di
dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri, aktiviti fizikal atau senaman masih perlu
diteruskan. Lakukan senaman pada hari yang sama jika mendapati terlalu banyak
makan. Disiplinkan diri demi kesihatan anda dan demi kesejahteraan bersama.
Rujukan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan