Denilia berumur 24 tahun, tidak mampu menutup mulutnya semula
setelah menguap besar semasa bangun dari tidur. Dia pernah mengalami rasa sakit
di sekitar pipi hingga ke telinga sebelum ini terutama ketika makan makanan
yang rangup dan keras seperti keropok. Tetapi selama itulah tidak dihiraukannya.
Kini, mulut tidak mampu ditutup semula buat beberapa ketika. Dia dibawa
bergegas ke klinik dan doktor gigi membantunya menutup mulutnya semula.
Bagaimana ini terjadi? Pernahkah anda melaluinya? Apakah
yang perlu dilakukan sekiranya ianya berlaku buat pertama kali atau telah
beberapa kali berlaku ke atas diri anda? Tahukah anda, ia juga boleh terjadi
semasa rawatan pergigian dilakukan akibat membuka mulut terlalu lama?
Bukaan mulut yang normal adalah sebesar 3 jari anda
sendiri diletakkan secara menegak di antara gigi insisor (gigi hadapan, atas
dan bawah) di rongga mulut. Jika bukaan mulut melebihi daripada ukuran itu dan
mulut tidak boleh ditutup, ini bermakna individu tersebut mengalami rahang
dislokasi.
Rahang
dislokasi
Rahang bersambung dengan tengkorak melalui sendi yang
dikenali sebagai sendi Temporomandibel (TMJ). Untuk pengetahuan, TMJ terletak
di hadapan telinga. Anda boleh merasai pergerakan rahang dengan meletakkan jari
di hadapan telinga sambil buka serta tutup mulut. Sendi terdiri daripada bebola
(kondil) dan soket serta diselaputi dengan cecair untuk memudahkan pergerakan.
Seperti di mana-mana sendi lain di dalam tubuh manusia, pergerakan bebola
dikawal hanya di sekitar soketnya sahaja. Apa yang dirasai dengan meletakkan jari
di hadapan telinga adalah pergerakan kondil di dalam soket iaitu ke hadapan dan
ke belakang.
Rahang dislokasi bermaksud perubahan pergerakan kondil
tergelincir daripada soketnya. Semasa bukaan mulut yang maksimum, kondil
bergerak ke hadapan dan tergelincir melebihi sempadan soket yag dikenali
sebagai artikular aminen. Sekatan daripada artikular aminen ini membuatkan
mulut tidak boleh ditutup semula kerana kondil tidak boleh kembali ke dalam
soket dan mengakibatkan ketegangan di kawasan telinga dan pipi. Kejadian ini
bakal berulang kembali mungkin disebabkan ligamen yang memegang TMJ menjadi
semakin longgar dan tidak bersifat anjal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan