Apa
itu rokok?
Daun tembakau kering dileraikan dan
digulung di dalam kertas. Kemudian dicucuh api pada hujung kertas itu dan bakarnya
sedikit demi sedikit. Ia memberikan nikmat yang tidak terkata bagi yang
menagihnya. Rokok merupakan salah satu tabiat ketagih yang berlaku di dalam
masyarakat pada masa kini.
Bagi sesetengah individu merasa bangga
dengan merokok. Rasa kelakian terserlah dan menjadikan diri lebih berkeyakinan
untuk berinteraksi dengan individu lain. Tetapi sedarkah mereka, semua
kebanggaan dan keegoan yang terserlah itu akan lupus bila mana mereka terlantar
kesakitan akibat merokok. Pada masa itu, hanya keluarga sahaja yang mereka
boleh harapkan atau tiada sesiapa yang mampu mendampingi mereka.
Kandungan
rokok
Lebih dari 4,000 bahan kimia yang
terdapat di dalam sebatang rokok. Bahan utama yang ada di dalam rokok adalah
nikotin. Nikotin, asalnya tidak berwarna dari daun tembakau tetapi kesannya
cukup besar pada perokok tegar. Jika anda baru pertama kali merokok, selama 10
saat, 1-2 mg bahan nikotin akan memasuki cecair otak. Nikotin akan menyebabkan
dopamine dalam otak dirembeskan menyebabkan rasa ketagih untuk merokok lagi.
Ini membuatkan seseorang
yang kehabisan rokok kadang kala berkelakuan seperti gangguan akal dan
tertekan. Oleh itu, terlalu sukar bagi individu yang sudah terjerat dengan
ketagihan merokok untuk meninggalkan tabiat itu selamanya.
Nikotin juga akan merangsang kelenjar
adrenal untuk mengeluarkan adrenalin.
Rembesan ini akan meningkatkan tekanan darah, kadar pernafasan dan
denyutan jantung. Ia menjadi punca serangan jantung secara tica-tiba dan
seterusnya koma.
Selain nikotin, minyak tar juga
terkandung di dalam sebatang rokok. Minyak ini sebenarnya sering digunakan
untuk penurapan jalan raya. Bahan yang terdapat dalam tar akan mencetuskan sel-sel
bertindak agresif. Sel-sel ini akan memulakan pembentukan kanser.
Karbon monoksida pula adalah gas
beracun yang keluar dari asap rokok. Gas ini biasanya dikeluarkan oleh
kenderaan yang menggunakan diesel atau petrol. Oksigen yang dibekalkan oleh gas
ini kepada tisu-tisu menyebabkannya terencat. Jika gas ini melebihi 60% di
dalam badan, sel-sel akan rosak teruk dan akhirnya maut akan menyahut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan