Kerosakan
sendi TMJ
Kerosakan yang berpunca dari sendi TMJ ini akan
menyebabkan kemusnahan sel-sel otot pengunyahan dan sekitarnya. Kecederaan di
antara tulang di sendi membuatkan pertumbuhan tisu konektif menjadi agresif dan
seterusnya menyekat pergerakkan sendi.
Kerosakan sendi yang berpunca daripada trauma akan
menghasilkan cecair pelincir di antara sendi berkurangan akibat pengumpulan
sel-sel darah merah dan putih sebagai proses penyembuhan. Walau bagaimanapun ia
akan menggalakkan pertumbuhan tisu konektif dan seterusnya menyebabkan sendi
mengalami ankilosis (tidak mampu bergerak/kaku secara kekal).
Apabila pergerakkan sendi terganggu, otot di sekitarnya
akan menerima rangsangan bahawa tiada tona pergerakkan daripada saraf. Otot
akhirnya menjadi tegang dan menyakitkan.
Rawatan
Dapatkan rawatan secepat yang mungkin bagi mengelakkan
berlakunya kesesakkan nafas hasil daripada bengkakkan. Doktor gigi melakukan
pemeriksaan secara teliti dan lazimnya ubat antibiotik akan diberikan
bersama-sama ubat tahan sakit. Habiskan ubat antibiotik yang diberikan kerana
ianya akan melibatkan kesan pada rawatan yang seterusnya pada lawatan ke klinik
pergigian yang akan datang.
Lebih kurang seminggu selepas pengambilan ubat, Amin
diberikan temujanji untuk mengeluarkan gigi bongsunya melalui rawatan cabutan
melalui pembedahan minor. Oleh itu, jika Amin dapat menghabiskan pengambilan
ubat antibiotik, bengkakkan akan surut dan tiada komplikasi berlaku setelah
pembedahan dilakukkan ke atasnya.
Lakukan pembersihan mulut secara rutin dan jangan lupa
menggunakan ubat kumur sekiranya tidak mampu memberus gigi dengan baik ketika
berlaku trismus.
Rujukan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan