Kesakitan yang menghantuinya sejak beberapa hari di
bahagian belakang pipi hingga ke telinga dan dahi membuatkannya tidak keruan.
Semua perkara yang ingin dilakukan serba tidak mengena. Mulutnya tidak mampu
membuka lebih besar daripada biasa. Malah sukar untuk membawa sesudu makanan ke
dalam mulut. Amin cuba mengambil ubat penahan sakit seperti panadol dan juga ponstan
tetapi masih tidak dapat melegakan kesakitan yang dialaminya.
Dia melewati klinik yang berdekatan, dia dinasihatkan
oleh doktor agar berjumpa doktor gigi sesegera mungkin. Ini berikutan dari
hasil pemeriksaan mendapati terdapat gigi bongsu Amin yang tersekat daripada
tumbuh ke permukaan rongga mulut. Kesakitan berpunca dari kemasukkan plak yang
berbakteria ke kawasan sekeliling gusi dan seterusnya menyebabkan kebengkakan.
Hasilnya setelah berlarutan beberapa hari, bengkakkan menimbulkan nanah yang memasuki
kawasan pipi lebih dalam. Akhirnya kesakitan dapat dirasai sehingga ke telinga
dan dahi serta mulut tidak mampu dibuka.
Trismus
Situasi ini dikenali sebagai ‘trismus’ di mana berlaku
ketegangan otot pengunyahan di sekitar mulut dan pipi. Biasanya ia berpunca
daripada jangkitan di sekitar otot, kecederaan, selepas rawatan pembedahan dan
radiasi. Kesan yang paling ketara adalah daripada sendi temporomadibular (TMJ)
yang tidak berfungsi dengan baik. Ia menyebabkan seseorang mengalami kesakitan
dan tidak mampu membuka mulut dengan bukaan yang normal.
Lazimnya bukaan mulut individu yang normal adalah sebesar
3 jari yang diletakkan menegak di antara gigi insisor (gigi hadapan, atas dan
bawah) di rongga mulut. Jika kurang daripada itu, ia bermaksud bukaan mulut
adalah terhad. Bukaan mulut yang terhad ini menghasilkan implikasi yang besar
di dalam kehidupan seharian seseorang seperti Amin. Sukar untuk mengunyah
makanan dan pengambilan makanan menjadi terhad hanya kepada makanan bercecair
dan lembut sahaja. Tidak mampu berinteraksi kerana tidak dapat bertutur dan
akhirnya sukar untuk menjaga kebersihan mulut.
Bagi situasi Amin, nanah yang menular masuk ke dalam pipi
yang dalam menyebabkan bengkakkan menjadi lebih besar dan muka tidak simetri. Bengkakkan
di muka yang semakin membesar menjadikan bukaan mulut terhad. Jika ianya
berlarutan, sendi TMJ yang berdekatan mengalami kerosakan sementara atau kekal.
Ini akan merumitkankan lagi keadaan Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan