Tanda-tanda
Penyakit
gusi bermula dengan sedikit keradangan pada gusi dan melarat hingga merosakkan
tisu lembut dan tulang yang menyokong gigi. Keadaan ini jika dibiarkan boleh
menyebabkan kehilangan gigi.
Tanda-tandanya
ialah gusi merah, membengkak surut dari permukaan akar gigi. Gigi kelihatan
panjang, jarang, longgar dan berubah kedudukan.. Nafas juga berbau (halitosis).
Akhirnya tulang tidak mampu memegang gigi dan seterusnya gigi tercabut.
Perkaitan dengan masalah
perubatan
Guiness
Book of World Records telah mengistiharkan bahawa penyakit gusi adalah di
antara penyakit yang sering dialami manusia. Penyakit yang mengandungi hampir 6
juta bakteria di dalam mulut ini akan menyelinap masuk ke organ lain di dalam
badan. Jangkitan bakteria melalu salur darah menyebabkan risiko penyakit
jantung dan diabetes selain kehilangan banyak gigi di peringkat umur 20-40
tahun. Penyakit gusi dipercayai sebagai ‘Pembunuh senyap’ oleh pakar US.
Sakit Jantung
Penyakit
gusi yang tidak dapat dikawal membuatkan pembiakan bakteria semakin banyak.
Maka endotoksin dibebaskan dengan lebih cepat di dalam amaun yang besar. Ini
merangsang sel-sel di dalam badan menjadi radang.
Kajian
mendapati bahawa pesakit gusi akan mengalami risiko yang tinggi untuk mendapat
penyakit jantung. Perkaitan dengan masalah jantung bermula apabila bahan
endotoksin memasuki sel dan meningkatkan risiko plak atheriosklerotik terbentuk
pada salur darah. Penebalan salur darah berlaku dan menghasilkan pengecilan aliran
darah untuk sampai ke jantung.
Strok
Proses
yang sama berlaku di salur darah di bahagian otak tetapi ia menjadikan
pembekuan darah terbentuk. Seterusnya, risiko tinggi terhadap penyakit strok. Kajian
mendapati bahawa sekiranya penyakit gusi dapat dikawal, ia akan mengurangkan
serum dan lemak berkumpul di permukaan salur darah serta penebalan epithelium
salur darah dapat dihentikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan