Apa yang ingin dijelaskan di sini adalah perkaitan
penyakit periodontitis dengan masalah perubatan.
Perkaitan ini telah lama diketahui oleh pakar-pakar.
Namun, masyarakat tidak mengetahui bagaimana perkaitan ini berlaku. Tujuan kali
ini adalah untuk memberikan sedikit informasi yang sesuai dan mudah difahami di
mana perkaitan antara penyakit gusi dan masalah perubatan
Punca
Punca utama adalah daripada PLAK. Plak pergigian adalah suatu
lapisan nipis yang lembut, melekit dan mudah melekat erat ke atas permukaan
gigi yang tidak terdedah kepada geseran pipi, lidah dan permukaan pengunyahan. Ia
akan menjadi tebal dan menguning pada permukaan gigi. Permukaan plak menjadi
keras dan kasar membuatkan bakteria semakin banyak terkumpul.
Bakteria akan berkongsi makanan apa yang
kita makan dan seterusnya akan mengeluarkan bahan buangan yang terdiri daripada
asid dan toksin. Asid akan menyebabkan gigi anda berlubang (karies) manakala
toksin akan meresap ke permukaan gusi dan meyebabkan gusi radang. Dua peringkat penyakit gusi iaitu Gingivitis
dan Periodontitis.
Gingivitis
ialah penyakit gusi peringkat awal yang hanya melibatkan tisu gusi sahaja.
Periodontitis pula adalah penyakit gusi yang lebih parah dan melibatkan
bahagian akar dan tisu penyokong gigi. Penyakit gusi merupakan punca utama
kehilangan gigi di kalangan warga emas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan