Diabetes/kencing manis
Bagi
masalah kencing manis, penyakit gusi memang cukup sinonim di dalam bidang
perubatan pergigian. Ramai pakar mengakui dan disahkan melalui pelbagai kajian
bahawa kedua-dua penyakit ini saling berkaitan. Kencing manis melemahkan sistem
pertahanan badan seseorang. Salur darah pesakit diabetes menebal dan pengaliran
darah yang perlahan, kurang nutrient dan mengandungi lebih banyak toksin.
Pesakit
yang tidak mengawal kadar gula di dalam badannya adalah lebih banyak kehilangan
gigi berbanding diabetes yang terkawal. Melalui sedikit luka, jangkitan boleh
berlaku di sekitar luka tersebut. Apatah lagi jika berlaku luka semasa memberus
gigi. Luka lambat sembuh dan mudah dijangkiti bakteria Pesakit mengalami
masalah mulut kering yang dipanggil Xerostamia.
Dengan
adanya tanda-tanda penyakit gusi, ia akan meningkatkan sistem keradangan badan
dan bahan endotoksin mengiritasi proses keradangan yang berlaku di kawasan
luka. Pesakit mudah mengalami kehilangan awal gigi kerana keradangan yang
sering berlaku dan menyebabkan struktur penyokong gigi mudah luruh. Akhirnya
pesakit memerlukan cabutan dan digantikan dengan gigi palsu.
Pemakanan ubat
Pemakanan
ubat-ubatan untuk jangkamasa panjang memberikan implikasi yang besar pada tubuh
badan pesakit. Di dalam mulut, beberapa pengambilan ubat boleh menyebabkan
pembesaran gusi secara mendadak dan perubahan kedudukan gigi berlaku. Ini
menyulitkan pesakit untuk makan dan bercakap. Contoh, pengambil ubat
nephidipine untuk pesakit jantung.
Prosedur
rawatan pergigian bagi pesakit yang mengalami masalah perubatan dan penyakit
gusi ini amat rumit. Sebelum rawatan diberikan, pemeriksaan dan latarbelakang
mengenai masalah perubatan perlu diberi dengan lengkap. Ini amat penting kerana
sebarang komplikasi cabutan akan dikaitkan dengan masalah perubatan.
Melalui
maklumat yang diberi, biasanya masalah perubatan akan diperiksa dahulu sebelum
cabutan gigi dilakukan.