Kehausan
gigi
Haus bermaksud kepada kekurangan atau hilang saiz asal sesuatu
objek akibat geseran, gosokan atau dipakai berulang kali. Dalam pergigian,
kehausan gigi dikaitkan dengan 3 jenis iaitu atrisi, abrasi dan erosi.
Ketiga-tiga jenis kehausan ini mempunyai perbezaannya yang tersendiri.
Atrisi adalah kehausan gigi yang melibatkan permukaan
oklusi/gigitan. Pergerakan pengunyahan yang berulang-ulang dengan tekanan yang
kuat menyebabkan struktur gigi sedikit demi sedikit dikisar halus. Tabiat suka
melaga gigi terutama ketika tidur mampu mengundang masalah atrisi. Sering berlaku
di gigi hadapan.
Abrasi adalah kehausan secara mekanikal yang melibatkan
permukaan pemberusan. Teknik dan cara pemberusan yang salah dan tidak efektif seperti
memberus secara mendatar dengan kuat menyebabkan permukaan gigi berlekuk ‘V’ di
permukaan pemberusan gigi. Tidak disangkal juga tabiat mengigit pensil dan
penggunaan kayu pencungkil gigi mampu menghasilkan masalah ini. Gigi yang
sering terjadi abrasi adalah yang terletak di sudut paling menonjol dalam
jajaran gigi seperti gigi kanin (taring) dan gigi promolar (geraham kecil).
Erosi adalah kehausan disebabkan oleh pemakanan jenis
berasid. Tabiat pemakanan seperti suka makan makanan yang masam dan berasid
(asam dan minuman berkarbonat) memainkan peranan dalam menyebabkan gigi berlaku
kehausan. Erosi boleh berlaku pada individu yang mengalami masalah bulimia dan
aneroxia nervosa.
Hasilnya, gigi kehilangan deria rasa, kurang fungsi
mengunyah dan mengigit serta ada kalanya menyebabkan sakit/sensitif. Bagi
pesakit ini, beliau mengalami gigi erosi.
Rawatan
Bagi mengurangkan sensitif, lazimnya perawat menampal
kawasan gigi yang sensitif. Penggunaan ubat gigi yang sesuai dengan masalah
sensitif adalah suatu tindakan pesakit semasa di rumah.
Sekiranya terdapat bentuk gigi yang berubah, rawatan pemakaian
korona merupakan salah satu pilihan untuk mengembalikan bentuk gigi asal.
Seharusnya pemilihan bahan dalam membuat korona dipilih dengan baik sesuai
dengan masalah kehausan yang dihadapi oleh pesakit.
Masalah kehausan gigi boleh dielak melalui mengawal
teknik pemberusan gigi dan tabiat pemakanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan