Pencegahan
Tindakan mencegah daripada berlaku kehausan gigi di
peringkat awal adalah langkah yang paling bijak. Gunakan berus gigi yang lembut
dan sesuai dengan saiz mulut anda. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi jika
sukar untuk membuat pilihan.
Makan makanan yang seimbang dengan mengurangkan makanan
snek. Kurangkan minum minuman berkarbonat, jika perlu ambilnya hanya pada waktu
makan dalam keadaan sejuk dengan menggunakan penyedut minuman. Ini mampu
meminimumkan sifat erosif. Adalah lebih baik sekiranya dapat menukarkan tabiat
kepada minum susu atau air masak atau mengunyah gula getah (bebas gula) bagi
meneutralkan pH mulut yang berasid setiap kali selepas makan. Elakkan diri daripada mengamalkan pemakanan snek yang berasid.
Bagi yang bermasalah melaga gigi terutama ketika tidur,
pemakaian ‘mouth guard’ amatlah digalakkan. Pemakaian sebelum masuk tidur dapat
mengurangkan kesan atrisi pada gigi meskipun tabiat melaga gigi tidak dapat
dielakkan.
Berus gigi dengan berus yang lebut dan menggunakan ubat
gigi berfluorida. Fluorida dapat mengembalikan semula struktur gigi hilang
akibat pelarutan asid daripada makanan yang dimakan atau hasil bakteria
semulajadi di dalam mulut. Namun, diharap tidak memberus gigi sejurus selepas
makan kerana permukaan enamel gigi dalam tempoh 15-20 minit adalah lembut
akibat pH mulut yang berasid. Enamel yang lembut mudah tertanggal akibat
pemberusan.
RUJUKAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan