Jenis-jenis
penganti gigi
Berikut adalah jenis-jenis penganti gigi yang terkini mampu
memenuhi kehendak pesakit :
1 Dentur
(Gigi palsu)
Dentur
atau sering dikenali sebagai gigi palsu merupakan alat pergigian boleh tanggal
yang mengantikan gigi yang hilang atau dicabut. Walaupun diperbuat daripada
bahan plastik dan logam namun, beberapa kelemahan dikenalpasti contohnya mudah
patah.
Kos pembuatannya yang murah
membuatkan pesakit lebih memilih denture sebagai penganti gigi yang lazim.
Pesakit memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan dentur baru, lebih-lebih
lagi jika pesakit pertama kali memakainya. Masalah yang mungkin dihadapi
seperti sukar menyebut beberapa perkataan, sukar untuk makan, air liur keluar
dengan banyak dan bentuk bibir dan pipi yang berubah sekali gus sedikit
perubahan bentuk muka berlaku.
Dari segi penjagaan pula, dentur
hendaklah dibersihkan setiap kali selepas makan dan sebelum tidur. Selepas dentur
dibersihkan sebelum tidur, masukkannya ke dalam air biasa di dalam satu bekas.
Jangan gunakan air suam atau air panas kerana ia akan membuatkan dentur
mengembang dan tidak boleh dipakai lagi.
Dentur
harus diganti dari semasa ke semasa agar dapat memberikan keselesaan kepada
pemakai. Lakukan pemeriksaan pergigian secara berkala untuk
memastikan tempoh penggunaan dentur yang dipakai. Walau bagaimanapun, pegawai
akan memberi panduan dan tunjukajar semasa menerima dentur yang telah siap.
Bagi dentur yang diperbuat dari gabungan bahan logam dan
plastik, logam kadangkalanya akan kelihatan. Demi keselesaan dan tidak mudah
patah, pesakit lebih memilih dentur jenis logam-plastik berbanding jenis
plastik sahaja. Dari segi harga, dentur jenis ini lebih mahal berbanding
dentur jenis plastik.
Assalamualaikum Dr.
BalasPadamSaya nak bertanya tentang invisalign. saya baru tau ttg invisalign hari ni. berapa ya cost untuk buat invisalign ni? dan adakah semua klinik gigi boleh buat invisalign?
Gigi depan saya agak besar. dua yg depan tu belok sikit dan terkedepan sikit. Kadang2 rasa tak selesa dan ngilu pada gusi.
Pernah jumpa dentist untuk pakai braces, tapi dia nasihatkan tak perlu sbb itu cuma appearance je, dan lagi kena cabut 4 gigi yg masih sihat dan kuat.
kalau invisalign, adakah perlu cabut gigi?
Salam Anem,
BalasPadamSaya difahamkan 'invisalign' melibatkan kos yang agak tinggi iaitu sekitar 10K ke atas dan tidak semua klinik yang melakukan rawatan seperti ini. Lazimnya, klinik yang terletak di sekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor.Tetapi mungkin anda boleh membuat sedikit carian untuk menentukan klinik mana yang sesuai dengan baget dan kehendak anda.
Saya tidak dapat memastikan rawatan ini sesuai ataupun tidak buat diri anda kerana tidak dapat melihat dengan baik keadaan sebenar di dalam mulut. Walau bagaimanapun, rawatan tersebut telah dicadangkan oleh seorang professional.
Berkaitan dengan gigi perlu dicabut ataupun tidak, bergantung kepada penilaian perawat yang bakal merawat anda untuk 'invisalign'.
Dirujukan, anda boleh membacanya dengan lebih lanjut dan bertanyakan dengan lebih mendalam tentangnya. Seterusnya, boleh meninjau beberapa klinik yang menjalankan rawatan tersebut.
Semoga ianya dapat membantu memecahkan kebuntuan Anem.
Rujukan:
1. http://drkam.wordpress.com/2009/09/25/alternatives-to-braces-invisalign/
2. http://www.whatclinic.com/dentists/malaysia/invisalign
3. http://forum.lowyat.net/topic/905134/all
salam..boleh x terangkan pada saya faktor2 penyebab high bite n open bite dalam penyedian set dentur penuh???
BalasPadam