1 Jambatan
pergigian
Jambatan pergigian
bermaksud penganti gigi yang telah tiada dan bergantung kepada gigi
bersebelahan yang sedia ada di dalam rongga mulut. Jambatan pergigian sering
dikenali sebagai tanam gigi, memerlukan gigi bersebelahan sebagai tiang seperti
jambatan yang mempunyai tiang untuk agar ianya kukuh dan tidak tertanggal. Gigi
bersebelahan (gigi tumpang) akan dikecilkan saiznya dengan membuang sebahagian
struktur gigi samada sihata atau telah bertampal. Pesakit berasa sensitif
semasa prosedur rawatan diberikan.
Berbanding dentur, jambatan
memberikan lebih keselesaan kepada pesakit kerana tidak terasa kehilangan gigi
dan warnanya hampir menyerupai gigi asli. Kekal di
dalam mulut serta tidak perlu ditanggalkan di waktu malam membuatkan pesakit
memilihnya sekiranya mampu memilikinya. Harganya bergantung berapa batang gigi
yang perlu diganti termasuk gigi bersebelahan. Contohnya: jika satu gigi yang
tiada, pesakit perlu membayar harga untuk 3 gigi.
Dari segi
penjagaan tidak banyak perbezaan dengan gigi asli kecuali penggunaan flos khas
perlu diamalkan bagi membuang sisa makanan di bawah jambatan. Ini penting agar
gusi di bawah jambatan sihat dan gusi gigi tumpang tidak menyebabkan gigi
goyang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan