Rawatan pergigian
Walau bagaimanapun, rawatan pergigian boleh dilaksanakan ketika puasa. Rawatan
penskaleran, pembersihan akar yang terdedah, penyapuan fluorida setempat, tampalan
dan rawatan akar boleh dilakukan tanpa perlu berbuka. Hanya berkumur-kumur
samada dengan ubat kumur atau tidak, usahlah berlebihan terutama pada setiap
sela masa rawatan dilakukan kerana dikuatiri tertelan.
Penggunaan bahan tampalan dan lapisan tampalan tidak membatalkan puasa. Lazimnya,
pesakit dinasihatkan berkumur apabila selesai satu-satu prosedur rawatan. Ini membantu
pengeluaran bahan tampalan daripada tertelan. Penggunaan alat pergigian yang
mempunyai semburan air juga tidak menjejaskan ibadah puasa anda. Semburan air
adalah sistem penyejuk agar struktur gigi dan gusi tidak rosak akibat haba yang
dihasilkan oleh peralatan pergigian. Air yang bertakung akan disedut oleh alat
penyedut, dipegang oleh pembantu di sebelah kiri pesakit. Ini membuatkan
pesakit lebih selesa dan tidak mudah tertelan air.
Apabila anda sakit gigi dan anda diminta mengambil ubat, sila maklumkan
kepada doktor gigi yang anda berpuasa. Anda boleh meminta kepada doktor gigi
agar ubat yang diberi sesuai dengan waktu makan anda iaitu selepas berbuka
puasa hingga ke waktu imsak. Contohnya; ubat yang boleh diambil hanya 2 kali
sehari.
Jika perlukan cabutan, pemberian bius setempat (jenis spray, disapu atau
suntikan) pada kawasan cabutan tiada masalah. Ia tidak membatalkan puasa kerana
bukan jenis bahan nutrisi yang bertujuan memberikan tenaga tetapi untuk
memastikan tiada deria rasa sakit ketika rawatan diberikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan