Isnin, 14 September 2009

Gigi palsu jenis sebahagian

Minggu lepas, saya dikunjungi seorang pesakit wanita yang mahukan giginya dirawat. Beliau bertanyakan banyak perkara tentang gigi palsu jenis ini.

Gigi palsu yang sering digunakan pada masa kini adalah gigi pelsu jenis penuh dan jenis sebahagian. Setiap individu adalah berbeza dari segi bilangan kehilangan gigi yang dialaminya.
1. Jenis penuh-penuh (tiada gigi atas dan bawah)
2. Jenis penuh-sebahagian (tiada gigi atas dan sebahagian gigi tiada di bawah)
3. Jenis sebahagian-penuh (tiada sebahagian gigi di atas dan tiada gigi bawah)
4. Jenis Sebahagian-sebahagian (masih terdapat gigi di atas dan bawah)

Kebanyakkan gigi palsu diperbuat daripada akrilik (bahan plastik berwarna mejah jambu). Bahan akrilik adalah ringan dan tahan dengan suhu badan. Hanya berwarna merah jambu kerana sesuai dengan warna asal gusi kita. Untuk menambahkan kekuatan gigi palsu, bahan metal (kobalt krom) dan akrilik digabungkan dalam penghasilan gigi palsu.

Cuba lihat beberapa rakaman penerangan dari YouTube ini
1. Jenis-jenis dentur sebahagian
2. Fleksibiliti dentur sebahagian

2 ulasan:

  1. leh buat artikel tentang pembuatan gigi palsu sbhagian n penuh.Proses kerja siap ngan gambar.jasa baik di hargai

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas cadangan.... InsyAllah akan dipertimbangkan bagi membantu dalam proses pembelajaran kendiri anda....

    BalasPadam