Ahad, 18 Mac 2012

Pengganti gigi 4


      Implant

Sekiranya mempunyai sumber kewangan yang agak lumayan, satu lagi cadangan penganti gigi terkini dan terbaik adalah implant. Ini benar-benar jenis menanam gigi tetapi jenis tidak boleh tanggal dan tidak melibatkan pemotongan struktur gigi bersebelahan. Selain itu, ia bukan sahaja mengantikan satu atau beberapa batang gigi tetapi kekuatannya mampu menjadi pegangan untuk dentur penuh bawah.

Bahan yang ditanam ke dalam tulang rahang dibuat daripada titanium. Skru yang yang bertindak seperti akar gigi boleh diputarkan masuk ke tulang mampu bertindakbalas dengan sel-sel tulang agar tidak mudah goyang dan tertanggal. Prosedur pembedahan oleh pakar yang bertauliah diperlukan bagi menanam skru ke dalam tulang. Oleh itu, tidak semua pesakit boleh diberikan rawatan ini. Contohnya; tidak digalakkan kepada pesakit yang mengalami penyakit kencing manis (diabetes) yang tidak terkawal kerana dikuatiri luka pembedahan tidak sembuh dengan baik. Kemudian korona (gigi) disambungkan di atas paras gusi.

Bersesuaian dengan harganya yang ribuan, implant dikatakan lebih selesa. Tulang rahang terpelihara dan tidak mengecil. Jika memakai gigi palsu tiada pergerakan dirasai terutama ketikan makan dan bertutur.

Penutup

Patah tumbuh hilang berganti merupakan perumpamaan yang sesuai untuk penganti gigi yang dibincangkan pada keluaran kali ini. Namun, penganti gigi tidak dapat menandingi kesempurnaan gigi asli yang dianugerahkan kepada kita. Diharap ianya dapat memberikan panduan kepada pembaca dalam memilih jenis pengganti gigi yang sesuai. Lazimnya doktor gigi akan memberikan pesakit pilihan dan pesakit pula akan memilih mengikut kemampuan kewangannya. Walau bagaimanapun, jagalah mutiara yang telah diberikan di dalam mulut agar tidak kehilangannya.

Rujukan:

  1. Heasman P. Master Dentistry: Restorative Dentistry, Paediatric Dentistry and Orthodontics. Vol 2. 1st Edition. 2006 Churchill Livingstone.
  2. Kamus Dwibahasa. Bahasa Inggeris–Bahasa Melayu. Edisi Kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka.2002.
  3. Kamus Dewan. Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005
  4. http://www.myhealth.gov.my
  5. http://drkam.wordpress.com
  6. http://paramedik.bbfr.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan