Selasa, 3 Mei 2011

Doktor, saya takut!.....

"Doktor, saya takut!..."

Saya tanya: "Takut apa ye?"

Pesakit A: "Saya takut jarum"
Pesakit B: "Saya takut sakit semasa proses menampal gigi"
Pesakit C: "Saya takut ngilu (sensitif) masa cuci gigi"
Pesakit D: "Saya takut ulser ni merebak menjadi kanser"
Pesakit E: "Saya takut doktor cabut gigi saya sebelum rasa kebas"

Semua orang takut untuk berjumpa Doktor Gigi. Takut dengan rawatan pergigian. Bagaimana pula jika kita rasa sakit gigi? Adakah perasaan takut masih menyelubungi kita? Biasanya kita akan kata "Ala... dah sakit... nak buat macam mana?.... kena la juga berjumpa Doktor gigi....". Itulah frasa yang sering kita dengari.....

Jumpa Doktor Gigi Sebelum Sakit

Pernahkah kita dengar; berjumpalah Doktor gigi 2 kali setahun, dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala atau beberapa nasihat umum yang sering didengar tetapi tidak diikuti....

Saya juga pernah bertemu dengan beberapa pesakit & kenalan, bilamana berjumpa dengan saya pasti mengatakan sakit gigi dan mengetahui sendiri bahawa gigi yang masih sakit tidak boleh dicabut. Maka, buatlah pemeriksaan pergigian sebelum rasa sakit dan seterusnya ketakutan melanda diri kita....

Jangan biarkan ketakutan menjalar ke anak-anak

Beberapa contoh di atas menunjukkan tentang sikap dan akibat yang berlaku di mana akhhirnya memakan diri sendiri menjadi takut... perasaan ini bukan sahaja menghantui dirinya sendiri malah menjadikan bahan bualan dan didengari oleh kanak-kanak....

Kepada kanak-kanak, menghantui mereka dengan kata-kata dari orang yang dipercayai membuatkan mereka percaya 100% sebelum mengalaminya sendiri.

Diharap peranan anda dalam penjagaan pergigian terhadap diri sendiri perlu dilakukan terlebih dahulu, sebelum anda menghantui anak-anak anda

Sila baca bahan ini dengan lebih lanjut agar dapat membantu anda memilih kehidupan yang lebih sihat:
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/index.php/en/kesihatangigi/01umum0102general02/01perasaan-takut-dengan-rawatan-pergigian0102dental-fear02